Pages

Click Here For More Info

Sunday 24 February 2013

Kenali risiko berat badan berlebihan, faktor penyebab, komplikasi dan rawatan


1. Berlebihan Berat Badan

Berat badan anda bertambah apabila anda mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun. Berat berlebihan boleh diketahui dengan mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) seseorang. BMI boleh mengkelaskan individu kepada empat kategori iaitu kurang berat, normal, lebih berat dan obesiti.
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan :

Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
BMI of 18.5 to 25 may indicate optimal weight; a BMI lower than 18.5 suggests the person is underweight while a number above 25 may indicate the person is overweight; a BMI below 17.5 may indicate the person has anorexia nervosa or a related disorder; a number above 30 suggests the person is obese (over 40, morbidly obese).

2. Penyebab Berat Badan Berlebihan

Terdapat banyak faktor penyebab yang mendorong berat badan berlebihan. Di sini kita akan membincangkan beberapa faktor utama yang menjadi punca berat badan berlebihan. Antarnya adalah ;

  • Sejarah keluarga anda.
  • Masalah perubatan.
  • Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
  • Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
  • Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

 

3. Apakah komplikasi masalah ini?

  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
  • Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

4. Elakkan Berlebihan Berat Badan

  1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
    • Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
    • Makan secara sederhana.
    • Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
    • Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
  2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
  3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.

5. Rawatan Berlebihan Berat Badan


Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah :
  1. Pemakanan:
    • Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
    • Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).
    • = 30% kalori daripada lemak.
  •  
    • Untuk mengurangkan berat badan :
      • Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
      • Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.
      • Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee).
      • Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.
      • Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
      • Baca label makanan terutama kandungan kalori.
Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat dan saranan makanan yang boleh di ambil.
  1. Aktiviti fizikal
    • Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking") jauh dan bersenam semasa menonton TV.
    • Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.
    • Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
Ahli terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan jadual aktiviti khas untuk menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan berat badan, kesihatan dan kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
  1. Ubah tabiat anda.
    • Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).
    • Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.
    • Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.
    • Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
    • Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
  1. Ubat-ubatan
    • Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.
    • Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
  1. Pembedahan
    • Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu contohnya, BMI > 40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk seperti kematian awal, pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.
    • Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.
6. Berapa lama seseorang perlu dirawat?
  • Rawatan susulan yang berkala perlu untuk mereka yang mengalami kegemukan/obesiti dan dalam kebanyakan kes,rawatan ini mungkin untuk sepanjang hayat.
  • Doktor anda akan memantau BMI anda dan merawat komplikasi anda.
















No comments:

Post a Comment