Pages

Click Here For More Info

Wednesday 13 February 2013

Apa itu Penyakit Tekanan Darah Tinggi, Tanda-tanda Penyakit, Faktor Penyebab, Cara mengatasinya.


Tekanan darah tinggi atau hipertensi  bukan lagi merupakan penyakit yang asing bagi masyarakat kini, malah telah menjadi penyakit yang umum bagi kebanyakkan orang pada masa saat ini,  terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Penyakit ini jika dibiarkan akan menyebabkan gangguan kesihatan anda seperti di bahagian Otak : iaitu akan menyebabkan stroke, bahagian Mata: menyebabkan retinopati hipertensi dan dapat menimbulkan kebutaan, Jantung: menyebabkan penyakit jantung seperti kegagalan sistem jantung berfungsi, dan Ginjal: menyebabkan penyakit ginjal kronik dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Jenis Tekanan Darah Tinggi
1. Pra Hypertensi : Nilai bacaan tekanan systolic 120-139 dan diastolic 80-89
2 Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi Peringkat Sederhana : Nilai bacaan tekanan systolic 140-159 dan diastolic 90-99
3. Tekanan Darah Tinggi atau hipertensi peringkat Tinggi : Nilai Bacaan systolic melebihi 160 atau diastolik melebihi 100.

Tanda-tanda Penyakit Tekanan Darah Tinggi.
1. Gejala ringan seperti pening atau sakit kepala
2. Sering gelisah
3. Sukar tidur
4. Mudah marah
5. Wajah merah
6. Tengkuk terasa penat
7. Sesak nafas
8. Telinga berdengung
9. Rasa berat di tengkuk
10. Mudah lelah
11. Pendarahan hidung (keluar darah dari hidung)
12. Mata berpinar-pinar

Penyebab Tekanan Darah Tinggi
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan seseorang meghidap tekanan darah tinggi antara lain:
• Keturunan. Jika seseorang memiliki orang tua atau saudara yang memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan ia menderita tekanan darah tinggi lebih besar. Statistik menunjukkan bahwa masalah tekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar identik daripada yang kembar tidak identik. Sebuah kajian  menunjukkan bahawa ada bukti gen yang diturunkan untuk masalah tekanan darah tinggi.
• Usia. Penelitian menunjukkan bahawa semasa usia seseorang bertambah, tekanan darah pun akan meningkat. Anda tidak dapat mengharapkan bahawa tekanan darah Anda pada usia  muda akan sama ketika Anda bertambah tua. Namun Anda dapat mengendalikan agar jangan melebihi  paras  atas yang normal.
Obesiti / Kegemukan. Faktor ini boleh Anda kendalikan. Orang yang memiliki berat badan di atas 30 peratus berat badan ideal, memiliki kemungkinan lebih besar menderita tekanan darah tinggi.
Garam; Pengambilan garam atau makanan yang mengandungi kandungan garam yang berlebihan.
Kolesterol; Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan akan menyebabkan saluran darah/arteri tersumbat. Ini akan memaksa sistem jantung untuk bekerja lebih kuat untuk mengapam darah dan oksigen yang diperlukan oleh seluruh badan.
• Stres; Tekanan emosi yang berterusan
• Rokok; Pengambilan kandungan nikotin yang berlebihan dari rokok.
• Kafein
• Alkohol
• Kurang aktiviti bersenam atau fizikal yang teratur.

Mengapa Tekanan Darah Meningkat?
Apa yang menyebabkan tekanan darah boleh meningkat? Soalan yang saya pasti pesakit tekanan darah tinggi akan tanya pada doktor atau pembantu perubatan semasa pesakit diperiksa. Tak apa teruskan membaca untuk dapat penjelasannya. Sebagai gambarannya, jika Anda sedang menyiram kebun dengan hos getah dan menekan hujung hos, maka air yang keluar akan semakin deras. Keadaan ini berlaku karena tekanan air meningkat ketika hos getah ditekan. Selain itu, jika Anda memperbesarkan tekanan  air, maka aliran air yang melalui hos akan semakin deras kerana jumlah air yang meningkat.
Perkara yang sama juga terjadi dengan darah Anda. Jika pembuluh darah Anda menyempit, maka tekanan darah di dalam pembuluh darah akan meningkat. Selain itu, jika jumlah darah yang mengalir bertambah, tekanan darah juga akan meningkat. Hebat dan tahniah!!!, anda berjaya merungkai masalah soalah tersebut. Tapi ingat jangan berhenti di sini, teruskan membaca untuk info selanjutnya.

Anda boleh Mengatasi Tekanan Darah Tinggi?
Ya, pasti boleh, masih kurang pasti,  tak percaya tak apa yang pasti lakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

1. Bersenam  secara teratur
Bersenam secara teratur boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Jika Anda menderita tekanan darah tinggi, pilihlah senaman yang ringan seperti berjalan kaki, berbasikal, lari santai/berjogging, dan berenang. Senaman juga membantu jantung lebih efisien menggunakan oksigen sehingga tidak akan bekerja terlalu keras mengepam darah. Rutin melakukan aktiviiti berjalan cepat ternyata efektif untuk menurunkan tekanan darah pada pesakit hipertensi hingga 8 mmhg Lakukan selama 30 hingga 45 minit sehari sebanyak 3 kali seminggu.
2. Tarik nafas
Latihan tarik nafas dan bermeditasi, seperti yoga atau taichi efektif untuk menurunkan hormon stres. Tingginya hormon stres akan meningkatkan renin, enzim ginjal yang bisa menaikkan tekanan darah. Lakukan latihan nafas minimum 5 minit pada pagi dan malam hari. Menarik nafas dalam-dalam juga akan mengendurkan semua reganggan.
3. Konsumsi makanan berpotasium
Menurut Linda Van Horn, PhD, profesor pencegahan penyakit dari Northwest Universitity Feinberg School of Medical, banyak mengkonsumsi makanan yang kaya potasium, seperti buah dan sayur, sangat baik untuk menurunkan tekanan darah.
Sumber potasium terbaik antara lain kentang, tomato, jus buah orange, pisang, kekacang, tembikai, serta buah yang dikeringkan, seperti kismis. Konsumsi potasium minimal 2000 – 4000 mg per hari, saran Linda.
4. Elakkan pengambilan sodium berlebihan.
Jika anda sudah menghidap penyakit tekanan darah tinggi sebaiknya anda menghindari makanan yang mengandung garam. Konsumsi garam sebaiknya tidak lebih dari 2,4 gr per hari (sodium) atau 6 gr per hari (NaCl). Untuk memastikan konsumsi garam tyang terkawal, perhatikan label makanan untuk mengetahui kadar sodiumnya serta kurangkan fastfood kerana biasanya tinggi kandungan garamnya.
5. Konsumsi dark chocolate
Berbagai jenis dark chocolate mengandungi ramuan yang boleh membuat pembuluh darah lebih luas. Sebuah kajian menunjukkan, 18 peratus pesakit yang mengonsumsi dark chocolate menunjukkan turunnya tekanan darah.
6. Kadar rehat yang mencukupi
Kajian  yang dilakukan para penyelidik dari Universiti Florence, Italia, mengungkapkan pesakit hipertensi yang melakukan relakasi dengan cara mendengarkan musik selama 30 minit sambil menarik nafas dalam-dalam menunjukkan penurunan angka sistolik hingga 3,2 poin.
7. Konsumsi makanan yang mengandung kalium, magnesium dan kalsium. Kalium, magnesium dan kalsium mampu mengurangi tekanan darah.
8. Kurangi minum minuman atau makanan beralkohol. Jika Anda menderita tekanan darah tinggi, sebaiknya hindari konsumsi alkohol secara berlebihan. Untuk lelaki yang menderita hipertensi, jumlah alkohol yang dibenarkan maksimum 30 ml alkohol per hari sedangkan wanita 15 ml per hari.
9. Makan sayur dan buah yang berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang, tomat, tembikai, dan jeruk.
10. Berhenti merokok. Berhenti merokok juga berperanan besar untuk mengurangi tekanan darah tinggi atau hipertensi.
11. Kendalikan kadar kolesterol Anda.
12. Kendalikan diabetes Anda.
13. Hindari obat yang bisa meningkatkan tekanan darah. Konsultasikan ke dokter jika Anda menerima pengobatan untuk penyakit tertentu, untuk meminta obat yang tidak meningkatkan tekanan darah.


No comments:

Post a Comment