Pages

Click Here For More Info

Sunday 10 October 2021

Cristiano Ronaldo dinobatkan Player Of The Month (MOTH) EPL


Sejak berpindah ke Kelab bolasepak terkemuka di Liga Perdana English (EPL) iaitu Manchester United dari Kelab Juventus, Italy, Cristiano Ronaldo atau lebih mesra dengan jolokan CR7 telah banyak membuat kejutan luar biasa khasnya kepada kelabnya iaitu Manchester United. Sejak perpindahannya semula ke Manchester United dengan bayaran sebanayak 15 million euros, satu jumlah bayaran yang cukup lumayan, CR7 telah banyak membantu kelabnya, Manchester United seperti melonjakkan dan mengukuhkan jual beli saham kelab itu dipasaran saham dunia.
Cristiano Ronaldo bintang sensasi Manchester United
 
Terkini bintang sensasi bola sepak Manchester United kelahiran Portugis ini telah dinobatkan sebagai Player Of The Month bagi bulan September. Antara faktor yang telah melayakkan CR7 dicalonkan dan seterusnya berjaya merangkulkan gelaran pemain terbaik bulanan September EPL ini adalah, kelincahan serta kejayaannya menjaringkan gol dalam membantu kelabnya Manchester United. Antara gol yang dijaringkan oleh bintang Portugis ini adalah 2 gol semasa membenamkan Newcastle United 4-1. Cristiano Ronaldo juga menjaringkan 1 gol semasa menentang West Ham. 

Bintang sensasi Portugis ini juga pernah memenangi gelaran ini buat pertama kalinya pada bulan November dan Disember tahun 2006. Beliau sekali lagi berjaya dinobatkan pemain terbaik bulanan pada bulan Januari dan bulan Mac tahun 2008. 

Pada pencalonan kali ini, CR7 telah berjaya menewaskan pencabar terdekatnya seperti Joao Cancelo dari kelab Manchester City, Antonio Rudiger (Chelsea), Allan Saint-Maximin (Newcastle United), Ismila Sarr (Watford) dan Mohamed Salah (Liverpool). 

Bila dilihat dari segi usia beliau yang sudah mencapai 36 tahun, agak mustahil untuk seorang pemain memenangi anugerah sebegini apatah lagi di English Primer League (EPL) yang banyak menghimpunkan pemain-peman handalan seluruh dunia. Tapi CR7 ternyata telah membuktikan yang usia itu bukanlah satu halangan untuk beliau.