Pages

Click Here For More Info

Friday 28 May 2021

Menarik di Ulu Empangan Bengoh

 Hi semua, 

Lama sudah tidak membuat posting.  Kali ini saya akan kongsikan bersama anda tempat menarik di Ulu Empangan Bengoh untuk pengetahuan semua.

Empangan Tadahan Air yang dibina di Ulu Sungai Sarawak kiri telah pun berusia lebih dari 10 tahun . Namun ramai yang tidak tahu keindahan alam semula jadi yang masih tinggal dan semakin senang untuk dikunjungi sekarang. Hanya dengan menaiki bot selama lebih kurang 30 minit sahaja dari pangkalan di Empangan Tadahan itu kita boleh sampai ke tempat-tempat yang menarik seperti, air terjun, air sungai yang jernih, flora dan fauna yang masih segar.

Bagi yang berminat dan ingin menikmati suasana yang tenang, aman dan damai jauh dari kesesakan hidup di bandar tempat ini sangat sesuai untuk menenagkan fikiran bersama keluarga, rakan dan ahli kaki tangan pejabat.

Antara gambar menarik yang perlu dikunjungi dan dinikmati oleh semua pengemar alam sekitar;

1. Air terjun Sesung. Sangat cantik dan jernih airnya.


2. Air erjun Pe-an. Airnya jernih dan udaranya sangat segar.


3. Pengalaman menaiki Jambatan Buluh Bidayuh. (Bidayuh Bambu Bridge)


4. Pengalaman menaiki Bot untuk sampai ke tempat tersebut.


Selain daripada tempat di atas ada banyak lagi tempat-tempat menarik di sana seperti laluan pejanan kaki (Hiking), Pemandangan atas Awan dan sebagainya. Saya akan kongsikan dalam posting yang seterusnya.
Sekiranya anda ingin berkelah ke tempat tersebut sila hubungi nombor telefon 013-5603122 untuk keterangan lanjut dan tempahan. Terima kasih