Pages

Click Here For More Info

Wednesday 30 June 2021

Ketahui Sebab Kenapa Selepas Melengkapkan Dua Dos Vaksin Masih Positif COVID-19

Apabila program pemberian vaksin dipergiatkan di seluruh negara, ramai yang bertanya dan mempersoalkan tentang keberkesanan vaksin terhadap jangkitan virus Corona ataupun COVID-19. Tidak kurang juga yang hanya mendengar terus percaya berita angin tanpa mengetahui kesahihan maklumat dan sumber maklumat tersebut. Hal ini menyebakan semakin ramai yang was-was untuk mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. 

Ditambah dengan tertular dalam media sosial terdapat kes kegagalan sistem badan berfungsi yang membawa kepada kematian di negara-negara luar selepas mendapat suntikan vaksin yang pertama menambahkan lagi perasaan kurang yakin orang ramai terhadap vaksin tersebut. Walaupun kes seperti ini sangat jarang berlaku tetapi kesannya terhadap orang ramai sangat mendalam dan menyebabkan mereka takut dan was-was untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menyakinkan rakyat untuk mendaftar bagi membolehkan mereka mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 ini secara percuma. Di samping itu, pihak kerajaan telah mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) dengan lebih banyak di seluruh negara bagi memudahkan masyarakat untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi yang sudah mendaftar. Selain itu pelantikan sukarelawan yang lebih ramai untuk membantu memudahkan urusan pemberian vaksin di pusat pemberian vaksin.  

Bagi yang masih belum mendaftar dan masih menyimpan perasaan was-was mengenai vaksin ini di sini disenaraikan sebab-sebab mengapa orang masih dijangkiti walaupun setelah mengambil dua doos vaksin Corona untuk pengetahuan. Antaranya adalah;

👉Dos kedua harus diambil 21/28 hari selepas dos pertama vaksin korona.
👉Vaksin mula membentuk antibodi sebaik sahaja memasuki badan.
👉Apabila antibodi terbentuk dalam badan kita, imuniti kita menurun dengan banyak
👉Apabila kita mengambil dos kedua vaksin selepas 21/28 hari, imuniti kita semakin berkurang.
👉Hanya selepas 14 hari dos kedua diambil, barulah antibodi terbentuk sepenuhnya di dalam badan kita, imuniti kita mula tumbuh dengan cepat.
👉Jadi selama satu setengah bulan ini, kemungkinan virus korona memasuki tubuh kita sangat tinggi. Ini disebabkan oleh pendedahan kepada virus pada waktu terdedah ini sehingga seseorang dijangkiti. 

Oleh itu, sangat berisiko keluar dari rumah selama satu setengah bulan ini. Keadaan ini yang ramai orang kurang tahu dan faham.  Walaupun selepas mengambil dua dos vaksin, anda boleh menjadi mangsa Korona. Hanya setelah satu setengah bulan, imuniti dalam badan meningkat 100 hingga 200 kali barulah kita akan selamat. Perlu berhati-hati setelah pengambilan dos pertama hingga dos kedua selama satu setengah bulan. Pastikan anda sentiasa memakai pelitup separuh muka (face mask) apabila keluar dari rumah dan keluar dari rumah hanya jika perlu sahaja

Sunday 27 June 2021

Cara Menyemak Status Temujanji Pemberian Vaksin COVID-19

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah giat dilaksanakan di seluruh negara. Rakyat Malaysia diseru untuk mendaftarkan diri untuk mendapatkan suntikan Vaksin Covid-19 ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdapat diseluruh negara. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah diperbanyakkan di seluruh negara bagi memudahkan rakyat mendapatkan suntikan vaksin dengan cepat.

Program Imunisasi COVID-19 ini telah dimulakan dengan pemberian suntikan vaksin kepada kumpulan Fronliners, kumpulan yang berisiko tinggi dan orang awam yang sudah mencapai umur 18 tahun ke atas. 

Terkini kerajaan telah mengumumkan persetujuan untuk memberi suntikan vaksin kepada kumpulan yang berumur 17 hingga 12 tahun. Kumpulan yang berumur 17 tahun akan diberi keutamaan terutamanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Ini adalah supaya mereka ini boleh hadir ke sekolah untuk sesi pelajaran bersemuka. Golongan ini akan mendapatkan suntikan vaksin pada bulan Julai 2021 ini. 

Kerajaan telah menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin ini melalui aplikasi MySejahtera. Untuk mengetahui panduan mendaftar, status temujanji pemberian vaksin bagi yang sudah mendaftar dan maklumat-maklumat berkaitan dengan pemberian Vaksin COVID-19 ini sila masuk atau login pautan/link di bawah.

https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/



Sunday 6 June 2021

Status DUN Sarawak setelah tamat tempoh.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, status DUN Sarawak setelah tempohnya tamat. Mungkinkah pembubaran dan pilihanraya negeri akan diadakan terus? Adakah tempohnya akan dilanjutkan sehingga tamat darurat? Macam mana pula dengan status kedudukan kesemua 82  ADUN? Ini adalah antara persoalanan yang banyak meniti di bibir masyarakat khasnya di negeri Sarawak.

Menjelaskan persoalan itu, Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata ia diperuntukkan dalam Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak. 
Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak, dengan jelas memperuntukkan bahawa seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) akan kekal sebagai ADUN sehinggalah DUN Sarawak dibubarkan.

“Memandangkan perintah pengisytiharan darurat masih berkuat kuasa dan peruntukan-peruntukan pembubaran DUN telah digantung dan tidak mempunyai kesan oleh Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, maka kesannya adalah pelantikan ADUN tidak akan tamat pada 6 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ia sekali gus menjawab persoalan yang dibangkitkan pelbagai pihak mengenai status kedudukan ADUN di Sarawak selepas 6 Jun 2021.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Asfia ia akan kekal sehingga terbubarnya DUN melalui pengisytiharan Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 15 atau selepas 1 Ogos 2021 iaitu tarikh tamatnya darurat tersebut.
Selepas tarikh itu, beliau menjelaskan sekiranya perintah darurat tidak disambung, pilihan raya negeri perlu diadakan selaras dengan kehendak Perkara 21(4), Perlembagaan Negeri Sarawak dalam tempoh 60 hari dari tarikh tamatnya darurat pada 1 Ogos 2021.

Situasi ini akan menjadikan Kerajaan Sarawak mencipta sejarah mentadbir Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih lima tahun.

Sila klik link di bawah untuk membaca perinciannya.
Sidang Media Status DUN Sarawak lepas tamat tempoh

Wednesday 2 June 2021

Kampung Atas Awan (Borneo Hidden Gems) Bengoh Dam, Padawan

Ramai yang sudah mendengar tentang keunikan sebuah kampung atas awan. Malah ramai yang sudah menjejaki kaki dan berada serta menikmati keindahan permandangan dan keunikan kampung tersebut. Perjalanan menggunakan bot kurang daripada 30 minit dari pangkalan di lokasi Empangan Tadahan Air Bengoh membolehkan kita sampai ke kampung tersebut.
Kampung yang di maksudkan adalah Kampung Sting. Salah satu kampung kaum masyarakat Bidayuh yang masih kekal berada di ulu Empangan Tadahan Air Bengoh.  

Kampung Sting ini wujud disebabkan oleh perpecahan kampung Pain Bojong, apabila ada penduduk yang tidak bersetuju atau tidak mahu untuk berpindah ke Skim Penempatan Semula Empangan Bengoh, dan memilih untuk terus menetap di Ulu Empangan ini.

Kampung Sting ini sekarang, menjadi sebuah tempat tarikan pelancong dalam dan luar negeri mahupun luar negara, kerana mempunyai kedudukan yang sangat strategik dan menarik. Ramai yang pernah pergi ke sini sangat kagum dan teruja lantas membayangkan seakan-akan Jurassic Park

Dari kampung ini kita boleh melihat keseluruhan pemandangan tasik empangan tadahan air  yang seolah-olah seperti ditutupi oleh awan dan kita berada di atas awan. Selain itu di kampung ini disediakan sebuah tempat inapdesa ataupun homestay bagi memudahkan ataupun menyediakan kemudahan penginapan kepada pelancong-pelancong dari luar dan juga dalam negeri yang ingin bermalam di sini.

Selain itu, ada juga keindahan flora dan fauna lain seperti air terjun semulajadi, jambatan buluh gantung  yang boleh dijadikan tempat untuk bersantai bagi mereka yang gemar aktiviti mandi-manda dan juga laluan untuk mendaki gunung.

Untuk melihat  keindahan tersebut, sila klik link di bawah.👇