Pages

Click Here For More Info

Thursday, 10 March 2022

Cara Membuat Perangkap Lalat

Lalat merupakan sejenis seranggan yang boleh terbang.  Lalat boleh membahayakan kesihatan manusia, iaitu dengan membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya. Ini adalah keranan lalat selalu pergi ke tempat-tempat yang kotor seperti tempat pembuangan sampah, tandas dan sebarang jenis bahan yang berbau atau sudah buruk.



Lalat juga boleh merosakkan tanaman yang ditanam terutamanya bunga dan buah-buahan. Caranya ialah dengan menyuntikan telurnya ke dalam bunga buah-buahan atau terus ke dalam buah yang sedang membesar. Hal ini akan menyebabkan buah tanaman tersebut akan rosak.

Cara mudah untuk menangani masalah lalat adalah dengan membuat perangkap lalat. Cara ini lebih mudah dan selamat berbanding menggunakan racun serangga yang boleh membahayakan kesihatan dan kosnya mahal.

Ikuti langkah-langkah cara membuat perangkap lalat di bawah. Selamat menonton dan semoga bermanfaat.