Pages

Click Here For More Info

Tuesday 15 December 2015

Apakah itu Kanser

Apabila jumlah pesakit kanser semakin bertambah dari tahun ke tahun, semakin ramai yang ingin mengetahui apakah sebenarnya penyakit ini dan bagaimana ianya terjadi serta kesannya dan bagaimana cara mencegah atau merawatnya. Seringkali kita  mendengar apabila pesakit itu dikenalpasti atau disahkan oleh pakar perubatan menghidap penyakit kanser, selalunya sudah berada pada peringkat yang sudah tinggi iaitu tahap 3 atau 4. Ini menyukarkanpencegahan dan juga rawatan dilakukan terhadap pesakit tersebut.
 Berikut adalah penerangan mengenai kanser;
Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
Rawatan Barah
Rawatan barah adalah bergantung kepada jenis barah, bahagian anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah merebak. Malah faktor jenis rawatan barah ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit. Kebanyakkan barah dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi. Satu atau lebih cara mungkin digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi barah.
Apa itu kemoterapi?
Kemoterapi adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawat barah dengan cara membunuh sel barah. Ubat kemoterapi ini berfungsi dengan cara menghalang sel barah daripada terus membahagi dan bertambah. Sel barah tersebut akhirnya rosak dan mati. Memandangkan ubat tersebut disuntik ke dalam darah, ubat tersebut juga boleh membunuh sel barah di bahagian tubuh yang lain.
Ubat kemoterapi yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza terhadap sel barah. Oleh yang demikian gabungan beberapa ubat mungkin digunakan untuk memberi kesan rawatan yang terbaik. Namun begitu, ubat kemoterapi ini turut memberi kesan kepada sel-sel badan yang normal dan ini menyebabkan beberapa kesan sampingan terjadi. Berbeza dengan sel barah, sel yang normal boleh bertambah dengan kadar segera menyebabkan kesan sampingan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Malah kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja rawatan kemoterapi tamat.
Pada kebanyakan keadaan, beberapa ubat kemoterapi diberikan serentak kepada pesakit. Hanya dalam kes-kes tertentu, sejenis ubat kemoterapi sahaja yang digunakan dalam rawatan.
Mengapa rawatan kemoterapi diberikan?
Tujuan rawatan kemoterapi adalah untuk menyembuhkan, mengawal penyakit barah atau mengurangkan gejala penyakit barah.
Tempoh rawatan dan kekerapan rawatan adalah bergantung kepada jenis barah dan ubat yang digunakan. Secara amnya, rawatan kemoterapi diberikan dalam tempoh enam hingga 12 bulan walaupun adakalanya ianya boleh diberikan dalam tempoh yang lebih singkat atau lebih panjang. Individu adalah digalakkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat.

No comments:

Post a Comment