1. Berlebihan Berat Badan
Berat badan anda bertambah
apabila anda mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan
anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan
dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak
akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan
tersimpan selama beberapa bulan dan tahun. Berat berlebihan boleh diketahui
dengan mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) seseorang. BMI boleh mengkelaskan
individu kepada empat kategori iaitu kurang berat, normal, lebih berat dan
obesiti.
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah
salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan :
Indeks Jisim Tubuh
(BMI)
|
Berat badan
(kilogram)
|
_____________________________
|
|
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
|
BMI of 18.5 to 25
may indicate optimal weight; a BMI lower than 18.5 suggests the person is
underweight while a number above 25 may indicate the person is overweight; a
BMI below 17.5 may indicate the person has anorexia nervosa or a related
disorder; a number above 30 suggests the person is obese (over 40, morbidly
obese).
2. Penyebab Berat Badan Berlebihan
Terdapat banyak faktor penyebab yang
mendorong berat badan berlebihan. Di sini kita akan membincangkan beberapa
faktor utama yang menjadi punca berat badan berlebihan. Antarnya adalah ;
- Sejarah keluarga anda.
- Masalah perubatan.
- Faktor
psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
- Pengaruh
budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
- Faktor
persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.
3. Apakah komplikasi masalah ini?
- Masalah
jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang
tinggi.
- Penyakit Kencing
Manis/Diabetes.
- Kesan psikologikal seperti
kemurungan dan kurang keyakinan diri.
- Masalah pernafasan seperti
asma serta masalah tidur.
- Komplikasi sendi dan tulang
seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
- Bertambah
gemuk apabila umur meningkat.
4.
Elakkan Berlebihan Berat Badan
- Anda
perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
- Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan
makanan rendah lemak.
- Makan secara sederhana.
- Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam
dan berjalan lebih kerap.
- Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua
jam sehari.
- Anda
perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai
pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
- Dapatkan
nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai
masalah berkaitan berat badan.
5. Rawatan Berlebihan Berat Badan
Rawatan perlu dimulakan seawal
yang mungkin. Ini termasuklah :
- Pemakanan:
- Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
- Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih
sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).
- = 30% kalori daripada lemak.
-
- Untuk mengurangkan berat
badan :
- Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
- Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar
makanan anda.
- Kurangkan makan makanan
berkarbohidrat (jenis nasi dan mee).
- Kawal pengambilan makanan
musim perayaan dan ketika makan di luar.
- Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
- Baca label makanan terutama
kandungan kalori.
Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda
dalam memberikan nasihat dan saranan makanan yang boleh di ambil.
- Aktiviti fizikal
- Tingkatkan aktiviti harian
seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking") jauh dan
bersenam semasa menonton TV.
- Anda perlu membuat aktiviti
fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu
lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.
- Jika anda tidak boleh
melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan
yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
Ahli terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan jadual
aktiviti khas untuk menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan berat
badan, kesihatan dan kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
- Ubah tabiat anda.
- Kenalpasti masalah yang
mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut
perasaan, bosan dan sebagainya).
- Letakkan matlamat untuk
kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.
- Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.
- Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal
aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
- Ubat-ubatan
- Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat
badan.
- Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
- Pembedahan
- Rawatan pembedahan akan
dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu contohnya, BMI > 40 atau
terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk seperti kematian awal,
pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.
- Rawatan khas adalah perlu
jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti diabetes dan hipertensi/darah
tinggi.
6. Berapa lama seseorang perlu
dirawat?
- Rawatan
susulan yang berkala perlu untuk mereka yang mengalami kegemukan/obesiti
dan dalam kebanyakan kes,rawatan ini mungkin untuk sepanjang hayat.
- Doktor
anda akan memantau BMI anda dan merawat komplikasi anda.
No comments:
Post a Comment