Apabila jumlah pesakit kanser semakin bertambah dari tahun ke tahun, semakin ramai yang ingin mengetahui apakah sebenarnya penyakit ini dan bagaimana ianya terjadi serta kesannya dan bagaimana cara mencegah atau merawatnya. Seringkali kita mendengar apabila pesakit itu dikenalpasti atau disahkan oleh pakar perubatan menghidap penyakit kanser, selalunya sudah berada pada peringkat yang sudah tinggi iaitu tahap 3 atau 4. Ini menyukarkanpencegahan dan juga rawatan dilakukan terhadap pesakit tersebut.
Berikut adalah penerangan mengenai kanser;
Barah
adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan
tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi)
mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas
berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal
menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai
tumor.
Tumor
boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant).
Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain.
Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh
merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ
yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi
multi organ akan menyebabkan kematian.
Apabila
sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi
di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah
sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan
pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau
tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel
penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
Rawatan
Barah
Rawatan
barah adalah bergantung kepada jenis barah, bahagian anggota tubuh yang
dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah merebak. Malah faktor jenis
rawatan barah ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit. Kebanyakkan barah dirawat
secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi. Satu atau
lebih cara mungkin digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi barah.
Apa itu
kemoterapi?
Kemoterapi
adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawat barah dengan cara membunuh sel
barah. Ubat kemoterapi ini berfungsi dengan cara menghalang sel barah daripada
terus membahagi dan bertambah. Sel barah tersebut akhirnya rosak dan mati.
Memandangkan ubat tersebut disuntik ke dalam darah, ubat tersebut juga boleh
membunuh sel barah di bahagian tubuh yang lain.
Ubat
kemoterapi yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza terhadap sel barah. Oleh
yang demikian gabungan beberapa ubat mungkin digunakan untuk memberi kesan
rawatan yang terbaik. Namun begitu, ubat kemoterapi ini turut memberi kesan
kepada sel-sel badan yang normal dan ini menyebabkan beberapa kesan sampingan
terjadi. Berbeza dengan sel barah, sel yang normal boleh bertambah dengan kadar
segera menyebabkan kesan sampingan yang berlaku hanyalah bersifat sementara.
Malah kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja rawatan kemoterapi tamat.
Pada
kebanyakan keadaan, beberapa ubat kemoterapi diberikan serentak kepada pesakit.
Hanya dalam kes-kes tertentu, sejenis ubat kemoterapi sahaja yang digunakan
dalam rawatan.
Mengapa
rawatan kemoterapi diberikan?
Tujuan
rawatan kemoterapi adalah untuk menyembuhkan, mengawal penyakit barah atau
mengurangkan gejala penyakit barah.
Tempoh
rawatan dan kekerapan rawatan adalah bergantung kepada jenis barah dan ubat
yang digunakan. Secara amnya, rawatan kemoterapi diberikan dalam tempoh enam
hingga 12 bulan walaupun adakalanya ianya boleh diberikan dalam tempoh yang
lebih singkat atau lebih panjang. Individu adalah digalakkan untuk berbincang
dengan doktor yang merawat.
No comments:
Post a Comment