KEPELBAGAIAN dan
kelazatan makanan di negara ini sukar ditolak sesiapapun. Jika tidak pandai
mengawal gaya pemakanan, anda mungkin
berisiko tinggi menghadapi masalah berat badan akibat makan terlalu banyak dan
tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
Apabila berat badan sudah naik, mulalah anda meragam hendak mencari cara
untuk menurunkan berat badan dan kekal slim dengan diet tertentu.
Masalah Berat Badan Berlebihan, Bukan Masalah Anda Seorang
Berat badan
berlebihan adalah hasil daripada pengambilan kalori yang berlebihan daripada
kadar tenaga keperluan harian di dalam badan. Rutin harian yang hanya duduk di
pejabat dan kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam menguatkan lagi
faktor pertambahan berat badan. Bagi mengetahui sama ada berat badan kita
berlebihan atau tidak, lakukan ujian Indeks Jisim Badan (BMI).
Indeks Jisim Tubuh
(BMI)
|
Berat badan
(kilogram)
|
_____________________________
|
|
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
|
BMI of 18.5 to 25 may indicate optimal
weight; a BMI lower than 18.5 suggests the person is underweight while a number
above 25 may indicate the person is overweight; a BMI below 17.5 may indicate
the person has anorexia nervosa or a related disorder; a number above 30
suggests the person is obese (over 40, morbidly obese).
Sebaiknya, elakkan makan
makanan yang banyak lemak dan berminyak di samping mengamalkan pemakanan
seimbang.
Ini kerana, berat badan yang berlebihan atau obesiti tanpa disedari akan
meningkatkan risiko kesihatan dan
masalah lain seperti penyakit angin ahmar (strok), tekanan darah tinggi, sesak
nafas, kencing manis, rasa rendah diri dan radang sendi tulang.
Bagi mereka yang mahu
menurunkan berat badan, ia sebenarnya boleh dilakukan dalam tempoh cepat
menggunakan cara betul agar tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Berikut
tip yang ingin saya kongsi bersama supaya dapat membantu anda mengurangkan
berat badan agar tampil lebih berkeyakinan.
Kawal berat badan dengan tip diet dan pemakanan.
1.
Makan lima hingga tujuh
hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan saja dapat mengawal
nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
2.
Jangan tinggalkan setiap
waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tetap tidak
akan membantu anda menguruskan badan.
3.
Kenali keperluan kalori
seharian. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing.
4.
Elakkan kalori daripada
minuman. Ini adalah tip menguruskan badan yang paling senang. Hanya gantikan
minuman bergula seperti teh ais, minuman coklat atau minuman ringan dengan air
bebas gula. Hasilnya, anda boleh kurangkan kira-kira 10 kilogram (kg) dalam
setahun.
5.
Banyakkan minum air
mineral. Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan
berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam
berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
6.
Jangan makan buah-buahan
terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga
mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
7.
Segenggam tangan
karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mi kuning mahupun kentang (semua
sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tidak kenyang,
tambahkan lauk.
8.
Pastikan kuantiti
pengambilan protein cukup. Sebagai panduan, pastikan
anda mengambil dua hingga 2.5 gram untuk setiap kilogram berat badan anda. Harus diingat, protein
lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
9.
Kawal nafsu makan. Satu-satunya cara untuk mengawal nafsu adalah
dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk berkembang. Kalau nafsu makan
sudah datang, maka sudah terlewat.
Turunkan Berat Badan Dengan Aktiviti Senaman
10.
Senaman bukanlah perkara
yang wajib dilakukan cuma manfaatnya dapat membantu mempercepatkan usaha anda
menurunkan berat badan.
11.
Angkat berat! Tidak kira
jantina dan umur, pastikan anda sertakan senaman angkat berat dalam program
senaman. Kenapa? Ini kerana ia membantu menguatkan
otot, tulang dan sendi.
12.
Pentingkan kualiti
senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi paling penting
adalah kualiti senaman. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan
senaman. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan bernas
daripada mereka yang mahir.
13.
Pastikan anda bakar lemak
dan bukannya glukosa. Jika anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan
membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman berkarbonat dan bertenaga.
14.
Tidak perlu bersenam
setiap hari. Senaman dua hingga empat kali seminggu pun
sudah cukup. Biarkan
badan anda rehat dan pulih dulu.
15.
Inginkan perut yang kempis? Crunches atau bangkit tubi dan
peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana otot abs masih diliputi dengan
lapisan lemak. Maka, fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan
pemakanan untuk membakar lemak.
16.
Yoga untuk kuruskan
badan? Tidak juga. Yoga memang sesuai untuk keseimbangan dan ketenangan tapi
untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
17.
Sauna dan bilik berwap?
Kedua-duanya boleh membantu membakar kalori dan proses pencernaan. Tidak menjadi masalah
untuk anda melakukannya.
18.
Seks sebagai senaman? Aktiviti seks adalah contoh senaman yang
sememangnya banyak membakar kalori dan dapat mengurangkan stres.
Seimbangkan Diet, Senaman dan Makanan
Tambahan = Cara Terbaik Turunkan Berat Badan
19.
Pil cepat kurus? Tidak
kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan
atau membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.
20.
Adakah pembakar lemak
berkesan? Secara teorinya, ya. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan
metabolisme badan melalui ramuan seperti kopi dan guarana. Jadi, dengan
pembakaran kalori berlebihan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Namun nasihat saya,
jangan bergantung kepada makanan tambahan untuk jangka masa panjang.
21.
Ingin kurangkan satu kilogram? Anda perlu membakar atau membuang
7,700 kalori sama ada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya.
22.
Makanan tambahan protein
adalah pilihan yang baik sebagai snek. Ia rendah kalori, mudah dibeli dan boleh
disimpan di pejabat mahupun di rumah.
23.
Dapatkan multivitamin
yang baik. Kekurangan mikro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi, pastikan anda mempunyai multivitamin yang bersesuaian dengan jantina,
umur dan gaya hidup anda.
Tips ini bolehlah
dipraktikkan secara berperingkat-peringkat dan berterusan. Tidak perlu
tergesa-gesa untuk menurunkan berat badan, kerana proses pengumpulan lemak dan
berat badan juga mengambil masa yang lama dan bukannya sehari atau seminggu.
Begitu juga dengan proses menurunkan berat badan merupakan proses berterusan
yang perlu diamalkan oleh anda.
Jika tabiat permakanan anda berubah, aktiviti harian berubah, maka berat
badan mungkin akan berubah. Sebolehnya anda berusaha untuk mengawal tabiat
pemakanan anda. Berusaha dan berdisiplin untuk mendapatkan hasilnya. Semoga
berjaya.
No comments:
Post a Comment