Tekanan darah tinggi
atau hipertensi bukan lagi
merupakan penyakit yang asing bagi masyarakat kini, malah telah menjadi
penyakit yang umum bagi kebanyakkan orang pada masa saat ini, terutamanya bagi mereka yang tinggal di
kawasan bandar. Penyakit ini jika dibiarkan akan menyebabkan gangguan kesihatan
anda seperti di bahagian Otak : iaitu
akan menyebabkan stroke, bahagian Mata: menyebabkan retinopati hipertensi
dan dapat menimbulkan kebutaan, Jantung: menyebabkan
penyakit jantung seperti kegagalan sistem jantung berfungsi, dan Ginjal:
menyebabkan penyakit ginjal kronik dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
Jenis
Tekanan Darah Tinggi
1.
Pra Hypertensi : Nilai bacaan tekanan systolic 120-139 dan diastolic 80-89
2
Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi Peringkat Sederhana : Nilai bacaan tekanan
systolic 140-159 dan diastolic 90-99
3.
Tekanan Darah Tinggi atau hipertensi peringkat Tinggi : Nilai Bacaan systolic
melebihi 160 atau diastolik melebihi 100.
Tanda-tanda
Penyakit Tekanan Darah Tinggi.
1.
Gejala ringan seperti pening atau sakit kepala
2.
Sering gelisah
3.
Sukar tidur
4.
Mudah marah
5.
Wajah merah
6.
Tengkuk terasa penat
7.
Sesak nafas
8.
Telinga berdengung
9.
Rasa berat di tengkuk
10.
Mudah lelah
11.
Pendarahan hidung (keluar darah dari hidung)
12.
Mata berpinar-pinar
Penyebab
Tekanan Darah Tinggi
Ada
beberapa sebab yang boleh menyebabkan seseorang meghidap tekanan darah tinggi
antara lain:
•
Keturunan. Jika seseorang memiliki
orang tua atau saudara yang memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan ia
menderita tekanan darah tinggi lebih besar. Statistik menunjukkan bahwa masalah
tekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar identik daripada yang kembar tidak
identik. Sebuah kajian menunjukkan bahawa
ada bukti gen yang diturunkan untuk masalah tekanan darah tinggi.
•
Usia. Penelitian menunjukkan bahawa
semasa usia seseorang bertambah, tekanan darah pun akan meningkat. Anda tidak dapat mengharapkan bahawa tekanan
darah Anda pada usia muda akan sama
ketika Anda bertambah tua. Namun Anda dapat mengendalikan agar jangan
melebihi paras atas yang normal.
•
Obesiti / Kegemukan. Faktor ini boleh Anda kendalikan. Orang yang memiliki
berat badan di atas 30 peratus berat badan ideal, memiliki kemungkinan lebih besar
menderita tekanan darah tinggi.
•
Garam; Pengambilan garam
atau makanan yang mengandungi kandungan garam yang berlebihan.
•
Kolesterol; Kandungan kolesterol
yang tinggi dalam badan akan menyebabkan saluran darah/arteri tersumbat. Ini
akan memaksa sistem jantung untuk bekerja lebih kuat untuk mengapam darah dan
oksigen yang diperlukan oleh seluruh badan.
•
Stres; Tekanan
emosi yang berterusan
•
Rokok; Pengambilan
kandungan nikotin yang berlebihan dari rokok.
•
Kafein
•
Alkohol
•
Kurang aktiviti bersenam atau fizikal yang teratur.
Mengapa
Tekanan Darah Meningkat?
Apa
yang menyebabkan tekanan darah boleh meningkat? Soalan yang saya pasti pesakit
tekanan darah tinggi akan tanya pada doktor atau pembantu perubatan semasa
pesakit diperiksa. Tak apa teruskan membaca untuk dapat penjelasannya.
Sebagai gambarannya, jika Anda sedang menyiram kebun dengan hos getah dan menekan
hujung hos, maka air yang keluar akan semakin deras. Keadaan ini berlaku karena
tekanan air meningkat ketika hos getah ditekan. Selain itu, jika Anda
memperbesarkan tekanan air, maka aliran
air yang melalui hos akan semakin deras kerana jumlah air yang meningkat.
Perkara
yang sama juga terjadi dengan darah Anda. Jika pembuluh darah Anda menyempit,
maka tekanan darah di dalam pembuluh darah akan meningkat. Selain itu, jika
jumlah darah yang mengalir bertambah, tekanan darah juga akan meningkat. Hebat
dan tahniah!!!, anda berjaya merungkai masalah soalah tersebut. Tapi ingat
jangan berhenti di sini, teruskan membaca untuk info selanjutnya.
Anda
boleh Mengatasi Tekanan Darah Tinggi?
Ya, pasti boleh, masih kurang pasti, tak percaya tak apa yang pasti lakukan
aktiviti-aktiviti seperti berikut :
1.
Bersenam secara teratur
Bersenam
secara teratur boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Jika Anda menderita
tekanan darah tinggi, pilihlah senaman yang ringan seperti berjalan kaki,
berbasikal, lari santai/berjogging, dan berenang. Senaman juga membantu jantung
lebih efisien menggunakan oksigen sehingga tidak akan bekerja terlalu keras
mengepam darah. Rutin melakukan aktiviiti berjalan cepat ternyata efektif untuk
menurunkan tekanan darah pada pesakit hipertensi hingga 8 mmhg Lakukan selama
30 hingga 45 minit sehari sebanyak 3 kali seminggu.
2.
Tarik nafas
Latihan
tarik nafas dan bermeditasi, seperti yoga atau taichi efektif untuk menurunkan
hormon stres. Tingginya hormon stres akan meningkatkan renin, enzim ginjal yang
bisa menaikkan tekanan darah. Lakukan latihan nafas minimum 5 minit pada pagi
dan malam hari. Menarik nafas dalam-dalam juga akan mengendurkan semua
reganggan.
3.
Konsumsi makanan berpotasium
Menurut
Linda Van Horn, PhD, profesor pencegahan penyakit dari Northwest Universitity
Feinberg School of Medical, banyak mengkonsumsi makanan yang kaya potasium,
seperti buah dan sayur, sangat baik untuk menurunkan tekanan darah.
Sumber
potasium terbaik antara lain kentang, tomato, jus buah orange, pisang, kekacang,
tembikai, serta buah yang dikeringkan, seperti kismis. Konsumsi potasium
minimal 2000 – 4000 mg per hari, saran Linda.
4.
Elakkan pengambilan sodium berlebihan.
Jika
anda sudah menghidap penyakit tekanan darah tinggi sebaiknya anda menghindari
makanan yang mengandung garam. Konsumsi garam sebaiknya tidak lebih dari 2,4 gr
per hari (sodium) atau 6 gr per hari (NaCl). Untuk memastikan konsumsi garam tyang
terkawal, perhatikan label makanan untuk mengetahui kadar sodiumnya serta
kurangkan fastfood kerana biasanya tinggi kandungan garamnya.
5.
Konsumsi dark chocolate
Berbagai
jenis dark chocolate mengandungi ramuan yang boleh membuat pembuluh darah lebih
luas. Sebuah kajian menunjukkan, 18 peratus pesakit yang mengonsumsi dark
chocolate menunjukkan turunnya tekanan darah.
6.
Kadar rehat yang mencukupi
Kajian yang dilakukan para penyelidik dari
Universiti Florence, Italia, mengungkapkan pesakit hipertensi yang melakukan
relakasi dengan cara mendengarkan musik selama 30 minit sambil menarik nafas
dalam-dalam menunjukkan penurunan angka sistolik hingga 3,2 poin.
7.
Konsumsi makanan yang mengandung kalium, magnesium dan kalsium. Kalium,
magnesium dan kalsium mampu mengurangi tekanan darah.
8.
Kurangi minum minuman atau makanan beralkohol. Jika Anda menderita tekanan
darah tinggi, sebaiknya hindari konsumsi alkohol secara berlebihan. Untuk
lelaki yang menderita hipertensi, jumlah alkohol yang dibenarkan maksimum 30 ml
alkohol per hari sedangkan wanita 15 ml per hari.
9.
Makan sayur dan buah yang berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang, tomat,
tembikai, dan jeruk.
10.
Berhenti merokok. Berhenti merokok juga berperanan besar untuk
mengurangi tekanan darah tinggi atau hipertensi.
11.
Kendalikan kadar kolesterol Anda.
13.
Hindari obat yang bisa meningkatkan tekanan darah. Konsultasikan ke dokter jika
Anda menerima pengobatan untuk penyakit tertentu, untuk meminta obat yang tidak
meningkatkan tekanan darah.
No comments:
Post a Comment